Top Menu
Language Select
W3C Color Changer
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Sizer
Background Changer
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Banner
Footer Menu
Best Viewed
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 16 Okt 2014
Versi 6.0.6
Panduan Permohonan Sistem e-Scholarship Cetak Panduan Permohonan Sistem e-Scholarship

SYARAT DAN CARA MEMOHON BIASISWA PINJAMAN DALAM
SISTEM e-SCHOLARSHIP

1. Bagaimana Permohonan Boleh Dibuat
 
Permohonan dibuat secara percuma dengan mengemukakan permohonan SECARA TALIAN (ONLINE) melalui laman web http://esholarship.sarawak.gov.my
  Laman web yang boleh dilayari ialah :-
 

a)     http://www.psc.sarawak.gov.my
b)     http://www.sarawak.gov.my

2 Bila Permohonan Dibuka
 
Iklan bagi permohonan akan dikeluarkan selepas keputusan bagi tawaran kemasukan ke IPTA diterima. Sila rujuk iklan melalui akhbar-akhbar tempatan atau melayari laman web seperti di para. 1 dari semasa ke semasa.
     
3 Tarikh Tutup Permohonan
 
Sila semak tarikh tutup permohonan melalui laman web http://escholarship.sarawak.gov.my atau melalui iklan ang diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan.
   
4 Syarat Permohonan
 
Tawaran Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak adalah terbuka kepada para pelajar baru yang melanjutkan pelajaran atau yang sedang dalam pengajian di mana-mana institute pengajian tinggi awam. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak selaku urusetia akan mempertimbangkan permohonan bagi pemberian biasiswa pinjaman kepada pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut:-
   
  • Merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Negeri Sarawak
  • Hanya terbuka kepada pelajar sepenuh masa sahaja
  • Terbuka kepada pengajian di peringkat Diploma dan Sarjana Muda sahaja
  • Telah mendapat Surat Tawaran daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Pemohon yang sudah ada Penaja Tidak Layak Memohon, dan
  • Mengikut Terma dan Syarat yang dikeluarkan dari semasa ke semasa
  Kadar biasiswa merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Pengangkutan dan Elaun Buku, Pakaian dan lain – lain.
     
5 Cara Memohon
 
5.1

Buka pelayar laman web dan taipkan alamat web berikut: http://escholarship.sarawak.gov.my;

  5.2
Untuk mendaftar, klik pada log masuk ”Pemohon Baru” untuk mendaftar;

  5.3 Masukkan maklumat di dalam borang pendaftaran; Maklumat Peribadi dan klik butang ”Simpan” untuk mendaftar;

Sila tunggu pengesahan pendaftaran anda. Jika berjaya anda akan dimaklumkan serta merta.

  5.4
Setelah pendaftaran berjaya, log masuk menggunakan ”ID Pemohon” dan ”Kata Laluan” pada Daftar Masuk dan klik ”Masuk”;

  5.5
Klik pada ”Butiran Pemohon” dan lengkapkan borang pendaftaran seperti berikut:

 
  • Maklumat Peribadi Pemohon
  • Butiran Persekolahan/Pengajian Tinggi Yang Lalu (Yang berkenaan sahaja)
  • Kegiatan Ko-Kurikulum
  • Butiran Pinjaman Biasiswa/Pinjaman/Bantuan Kewangan lalu
  • Butiran Pernah Berhenti/Diberhentikan dari Pengajian (sekiranya ada)
  5.6
Klik pada ”Butiran Keluarga/Isirumah” dan lengkapkan borang Tanggungan Ibubapa/Penjaga Pemohon Sendiri dan Butiran Isi Rumah Yang Bekerja;

  5.7
Klik pada ”Permohonan” dan jika ada tawaran permohonan dibuka, klik pada ”Permohonan Baru”. Lengkapkan borang pendaftaran permohonan dan klik ”Simpan”;

  5.8 Pastikan anda sentiasa menyemak ”Semak Status Permohonan” untuk melihat status permohonan anda.     
     

 

 

 

 
|