Top Menu
Language Select
W3C Color Changer
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Sizer
Background Changer
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Banner
Footer Menu
Best Viewed
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 14 Nov 2014
Versi 6.0.6
Soalan - Soalan Lazim (FAQ) Cetak Soalan - Soalan Lazim (FAQ)
  SISTEM E-RECRUITMENT

1

Bagaimana memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan?

J:

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui laman web http://erecruitment.sarawak.gov.my. Sila rujuk 'Bahagian Syarat dan Cara Memohon' yang disediakan dalam talian.

   
2 Adakah calon perlu memohon semula sekiranya ada jawatan kosong diiklankan melalui sistem e-Recruitment ataupun akhbar tempatan walaupun pemohon telah menyatakan jawatan yang diminati melalui 'Permohonan Jawatan Sepanjang Masa' semasa mendaftar?
J: Tidak. Pemohon tidak perlu memohon semula sekiranya jawatan kosong yang diiklankan sama dengan jawatan yang telah didaftarkan dalam 'Permohonan Jawatan Sepanjang Masa'. Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-Recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian.



3

Apakah yang pemohon perlu lakukan sekiranya terlupa kata laluan Sistem e-Recruitment?

J:

Sila klik butang 'Lupa Kata Laluan' dan isikan nombor kad pengenalan. Seterusnya klik butang 'Hantar'. Kata laluan baru akan diemelkan terus kepada pemohon ke alamat emel yang didaftarkan. Sekiranya emel yang didaftarkan tidak lagi aktif dan pemohon tidak lagi menggunakan alamat emel tersebut, pemohon boleh menghubungi Sains Call Centre' di talian 1-300-88-7246 untuk mengemaskini alamat emel yang baru.

   
4. Adakah pemohon perlu mengemukakan salinan sijil/dokumen yang telah disahkan sekiranya memohon secara atas talian (online)?
J:

Penghantaran sijil/dokumen bergantung dengan jawatan yang diiklankan. Sekiranya pemohon dipanggil temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak iaitu nombor rujukan bermula dengan huruf 'S', contohnya S01A2014, pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang sijil/dokumen. Pemohon hanya dikehendaki mengemukakan sijil/dokumen HANYA sekiranya dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Untuk pemohon yang dipanggil temuduga oleh jabatan/kementerian lain, iaitu nombor iklan bagi jawatan yang diiklankan bermula dengan huruf 'J', contohnya J01A2014, pemohon dikehendaki merujuk kepada jabatan/agensi yang memproses kekosongan jawatan. Terdapat jabatan/kementerian yang memerlukan pemohon mengemukakan sijil/dokumen ke jabatan/kementerian setelah memohon jawatan secara atas talian (online) dan sebaliknya.



5 Apakah itu status 'Tidak Memenuhi Kriteria Tapisan' dan kenapakah saya tidak memenuhi kriteria tapisan sedangkan saya memenuhi syarat yang ditetapkan dalam skim permohonan jawatan yang dipohon?
J: Status 'Tidak Memenuhi Kriteria Tapisan' bermaksud calon tidak melepasi tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya atau jabatan yang melantik. Walaupun terdapat calon memenuhi syarat asas yang ditetapkan dalam satu-satu skim perkhidmatan jawatan tetapi sekiranya kekosongan untuk jawatan tersebut tidak banyak dan terlalu ramai pemohon yang layak, tapisan tambahan akan dilakukan dan kriteria diperketatkan untuk mendapatkan jumlah calon yang bersesuaian dengan jumlah kekosongan yang ada.
   
  SISTEM E-SCHOLARSHIP

1

Apakah itu Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)?

J:

BPKNS adalah satu bentuk insentif kewangan iaitu biasiswa pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak kepada penuntut Sarawak yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara.



2

Siapakah yang layak memohon BPKNS?

J:

a. Warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Sarawak;

b.Telah mendapat surat tawaran mengikuti pengajian diperingkat Diploma dan Ijazah Pertama secara Sepenuh Masa di IPTA;

c.Tidak mendapat sebarang penajaan atau pinjaman daripada mana - mana agensi lain.



3

Bilakah iklan BPKNS dikeluarkan setiap tahun?

J:

Iklan bagi permohonan akan dikeluarkan selepas keputusan bagi tawaran kemasukan ke IPTA diterima. Sila rujuk iklan dalam akhbar-akhbar tempatan atau layari laman web dari semasa ke semasa.



4

Berapa peratus jumlah bayaran balik yang perlu dibayar oleh pelajar selepas tamat pengajian?

J:

Pelajar cuma perlu membayar 25% daripada keseluruhan pinjaman dan tertakluk dengan syarat-syarat dan terma yang dinyatakan dalam perjanjian. Walaubagaimanapun, pelajar perlu membayar 100% sekiranya gagal dalam pengajian atau tidak menamatkan pengajian masing – masing.



5

Bagaimanakah memohon BPKNS?

J:

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui laman web
http://escholarship.sarawak.gov.my

   
6 Bagaimanakah pemohon boleh menghubungi pejabat sekiranya terdapat pertanyaan yang ingin diutarakan tidak tersenarai dalam Soalan-Soalan Lazim?
J: Pertanyaan lain boleh diajukan sama ada melalui emel rasmi jabatan, spans@sarawak.gov.my, borang maklum balas/komen melalui laman web www.psc.sarawak.gov.my atau menghubungi terus melalui talian telefon 082-236325/554.
 
|