Peta Laman | Maklum Balas/Komen | Mobile Web
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Selamat Datang Ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
Kemaskini Pada: 4 Apr 2014
Versi 5.0.3


PERKHIDMATAN ATAS TALIAN
Pautan ke Permohonan Jawatan Kosong (Sistem e-Recruitment)
Pautan ke Permohonan Biasiswa Pinjaman (Sistem e-Scholarship)
Pautan ke Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia - Pengiktirafan Kelayakan

WARGA SPANS

Picture Single Sign-On
  (Webmail | EMS)
Picture Leave Management System
Picture e-Prestasi 


SUDUT PENCARI KERJA

Picture e-Recruitment
Picture Panduan Pendaftaran
Picture Panduan Pemilihan Jawatan
Picture Pengiktirafan Kelayakan JPA


SUDUT PELAJAR

Picture e-Scholarship
Picture Panduan e-Scholarship


PENDAPAT ANDA
Tiada poll.

Bahagian/Seksyen Cetak Bahagian/Seksyen
     BAHAGIAN PENTADBIRAN AM & KEWANGAN

Bahagian ini bertanggungjawab menguruskan hal – hal berkaitan urusan perakaunan dan pentadbiran am pejabat SPA Negeri

  • Pentadbiran Am dan Kewangan

  • Pengurusan Sumber Manusia dan Latihan

  • Pengurusan Sumber Maklumat


          BAHAGIAN TATATERTIB DAN KENAIKAN PANGKAT

Bahagian ini bertanggungjawab menguruskan hal – hal berkaitan dengan pengawalan disiplin penjawat awam iaitu memproses perakuan disiplin kakitangan perkhidmatan awam negeri Sarawak dan pihak berkuasa tempatan yang dikemukakan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti (KKPTK).

Selain itu, bahagian ini juga bertanggungajawab memproses perakuan kenaikan pangkat untuk semua kumpulan jawatan yang dikemukakan oleh pejabat SUK dan KKPTK, memproses perlantikan memangku dan menjalankan tugas untuk kakitangan di Kumpulan Pengurusan & Profesional di perkhidmatan awam negeri dan semua kumpulan jawatan di pihak berkuasa tempatan yang yang dikemukakan oleh pejabat SUK dan KKPTK.


BAHAGIAN PENGAMBILAN DAN PERKHIDMATAN

Bahagian Pengambilan bertindak sebagai urusetia dalam mengendalikan pengambilan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pihak berkuasa tempatan, perlantikan secara pinjaman, perlantikan semula selepas bersara, pengesahan dalam jawatan dan perlanjutan tempoh percubaan yang dikemukakan oleh pejabat SUK dan KKPTK.

  • Memproses laporan kekosongan jawatan yang dikemukakan oleh pejabat SUK dan KKTPK.

  • Mengiklan jawatan kosong.

  • Menerima dan memproses permohonan jawatan kosong.

  • Bertindak sebagai urusetia senaraitapis dan temuduga.

  • Memproses perakuan pelantikan semula selepas bersara dan pelantikan secara pinjaman yang dikemukakan oleh pejabat KKTPK.

  • Memproses perakuan pengesahan dalam jawatan, perlanjutan tempoh percubaan dan pemberian taraf berpencen yang dikemukakan oleh pejabat SUK dan memproses perakuan pengesahan dalam jawatan serta perlanjutan tempoh percubaan yang dikemukakan oleh pejabat KKTPK


    BAHAGIAN BIASISWA PINJAMAN

Suruhanjaya dipertanggungjawabkan di bawah Fasal (3) Artikel 39 Perlembagaan Negeri untuk mengendalikan dan menganugerah biasiswa – biasiswa pinjaman untuk pelajar – pelajar yang memohon untuk mengikuti kursus akademik sepenuh masa di pusat pengajian tinggi tempatan.

Dalam hal ini, Suruhanjaya mengendalikan pemberian Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS). BPKNS adalah satu bentuk insentif kewangan iaitu biasiswa pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak kepada penuntut Sarawak yang menuntut di IPTA dalam negara. Bagi pemberian BPKNS, pelajar cuma perlu membayar 25% daripada keseluruhan pinjaman dan 75% lagi merupakan biasiswa. Walau bagaimanapun, pelajar perlu membayar 100% sekiranya gagal dalam pengajian atau tidak menamatkan pengajian masing – masing.

  • Menguruskan pemberian BPKNS kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di IPTA

  • Mengurus dan memantau perbelanjaan dan kutipan balik pinjaman daripada peminjam (pelajar) bagi pihak Kerajaan Negeri Sarawak

 
|

Pautan ke Malaysia GovernmentPautan ke Sarawak GovernmentPautan ke Laman Web Rasmi Ketua Menteri SarawakPautan ke Laman Web Rasmi Setiausaha Kerajaan SarawakPautan ke Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaPautan ke Laman Web Rasmi SPA MalaysiaPautan ke Talikhidmat