Peta Laman | Maklum Balas/Komen | Mobile Web
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Selamat Datang Ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
Kemaskini Pada: 4 Apr 2014
Versi 5.0.3


PERKHIDMATAN ATAS TALIAN
Pautan ke Permohonan Jawatan Kosong (Sistem e-Recruitment)
Pautan ke Permohonan Biasiswa Pinjaman (Sistem e-Scholarship)
Pautan ke Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia - Pengiktirafan Kelayakan

WARGA SPANS

Picture Single Sign-On
  (Webmail | EMS)
Picture Leave Management System
Picture e-Prestasi 


SUDUT PENCARI KERJA

Picture e-Recruitment
Picture Panduan Pendaftaran
Picture Panduan Pemilihan Jawatan
Picture Pengiktirafan Kelayakan JPA


SUDUT PELAJAR

Picture e-Scholarship
Picture Panduan e-Scholarship


PENDAPAT ANDA
Tiada poll.

Fungsi - Fungsi Cetak Fungsi - Fungsi

FUNGSI – FUNGSI UTAMA SPANS

PELANTIKAN

Pelantikan merupakan salah satu daripada fungsi utama SPANS di bawah Artikel 36(1) Perlembagaan Negeri Sarawak. Pelantikan merangkumi  pengambilan bagi kakitangan baru, pelantikan memangku dan menjalankan tugas jawatan, pelantikan secara pinjaman, pelantikan semula selepas bersara dan pelantikan bertaraf sementara ataupun kontrak.

SPANS memproses pengambilan untuk kakitangan baru bagi Gred 26 dan ke bawah sahaja bagi perkhidmatan awam negeri, sementara pengambilan bagi Gred 27 ke atas diwakilkan kepada Ketua Jabatan (termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri). 

SPANS memproses pengambilan untuk kakitangan baru pihak berkuasa tempatan bagi semua gred jawatan.  

KENAIKAN PANGKAT

Suruhanjaya menguruskan kenaikan pangkat bagi semua gred jawatan di perkhidmatan awam negeri dan pihak berkuasa tempatan..

PENGESAHAN DALAM JAWATAN

Suruhanjaya berkuasa mengesahkan dan melanjutkan tempoh percubaan anggota perkhidmatan awam negeri bertaraf tetap bagi jawatan kumpulan sokongan (Gred 26 dan ke bawah) dan anggota pihak berkuasa tempatan bagi semua gred jawatan.

PEMBERIAN TARAF TETAP DAN BERPENCEN

Suruhanjaya menguruskan pemberian taraf berpencen kepada anggota perkhidmatan awam negeri bagi semua gred jawatan selaras dengan Perenggan 69 Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 1991 dan juga Seksyen 7, Akta Pencen, 1980

PERPINDAHAN TEMPAT BERTUGAS

Di bawah Arahan Perwakilan Kuasa SPAN 2004, Suruhanjaya telah mewakilkan kuasa kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menukar mana–mana pegawai perkhidmatan awam negeri dari satu kementerian atau jabatan ke kementerian atau jabatan yang lain atau sebaliknya; tanpa melibatkan penurunan pangkat.

MENGAWAL DISIPLIN KAKITANGAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

Suruhanjaya merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yang bertindak mengawalselia tindakan tatatertib ke atas semua pegawai perkhidmatan awam negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi semua gred jawatan.

FUNGSI - FUNGSI SAMPINGAN SPANS

Fungsi-fungsi sampingan SPANS merangkumi fungsi-fungsi selain daripada yang diperuntukkan di bawah Artikel 36 (1), Perlembagaan Negeri Sarawak.

Suruhanjaya mengendali dan menganugerah Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak kepada penuntut-penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama.

Suruhanjaya diberi kuasa ke atas kakitangan pihak berkuasa tempatan untuk melantik, mengesahkan dalam jawatan, menaikkan pangkat dan mengawal disiplin.
 

 
|

Pautan ke Malaysia GovernmentPautan ke Sarawak GovernmentPautan ke Laman Web Rasmi Ketua Menteri SarawakPautan ke Laman Web Rasmi Setiausaha Kerajaan SarawakPautan ke Laman Web Rasmi SPA MalaysiaPautan ke Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaPautan ke Talikhidmat