Peta Laman | Maklum Balas/Komen | Mobile Web
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Selamat Datang Ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
Kemaskini Pada: 4 Apr 2014
Versi 5.0.3


PERKHIDMATAN ATAS TALIAN
Pautan ke Permohonan Jawatan Kosong (Sistem e-Recruitment)
Pautan ke Permohonan Biasiswa Pinjaman (Sistem e-Scholarship)
Pautan ke Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia - Pengiktirafan Kelayakan

WARGA SPANS

Picture Single Sign-On
  (Webmail | EMS)
Picture Leave Management System
Picture e-Prestasi 


SUDUT PENCARI KERJA

Picture e-Recruitment
Picture Panduan Pendaftaran
Picture Panduan Pemilihan Jawatan
Picture Pengiktirafan Kelayakan JPA


SUDUT PELAJAR

Picture e-Scholarship
Picture Panduan e-Scholarship


PENDAPAT ANDA
Tiada poll.

Perutusan Pengerusi Cetak Perutusan Pengerusi


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana diberi peluang menyampaikan perutusan dalam portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS). Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Urusetia SPANS dan pihak-pihak lain yang terlibat kerana dapat merealisasikan laman web ini. Sesungguhnya, dengan terbinanya laman web ini, para pengguna akan mendapat faedah melalui maklumat-maklumat terkini dan aktiviti-aktiviti yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya. Aplikasi-aplikasi talian terus lain yang boleh dicapai melalui portal ini ialah seperti memohon pekerjaan dengan kerajaan dan biasiswa pinjaman secara atas talian (on-line).

Semenjak penubuhannya, Suruhanjaya sentiasa bergerak dinamis mengiringi perubahan bagi menghasilkan kerja yang berkualiti demi memuaskan kehendak pelanggan. Sistem e-Recruitment yang diperkenalkan sejak Jun 2004
telah ditambahbaik dari masa ke semasa untuk membolehkan para pemohon untuk memohon jawatan di perkhidmatan awam negeri dan pihak berkuasa tempatan secara atas talian (on-line).

SPANS sentiasa memanfaatkan segala sumber yang ada, sama ada dari segi tenaga manusia, kewangan, peralatan dan kaedah atau pendekatan terkini bagi mencapai objektifnya. Perkhidmatan lain akan terus diperkemaskan dengan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi maklumat. Satu lagi sistem yang sudah dibangunkan ialah e-Scholarship untuk memudahkan permohonan biasiswa/pinjaman dibuat secara dalam talian (on-line). Satu sistem untuk menyimpan maklumat kes-kes tatatertib sedang dikemaskinikan dan ditambahbaik.

Saya percaya semangat ingin terus maju diikuti dengan usaha penambahbaikan yang berterusan oleh semua pihak sama ada Urusetia mahupun Ahli-Ahli Suruhanjaya akan terus membuahkan kejayaan bagi Suruhanjaya.

 

Selamat Melayari Laman Web SPANS!


DATU ABDUL GHAFUR SHARIFF
Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak

 

 
|

Pautan ke Malaysia GovernmentPautan ke Sarawak GovernmentPautan ke Laman Web Rasmi Ketua Menteri SarawakPautan ke Laman Web Rasmi Setiausaha Kerajaan SarawakPautan ke Laman Web Rasmi SPA MalaysiaPautan ke Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaPautan ke Talikhidmat