UPACARA PENYERAHAN TUGAS SETIAUSAHA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
TARIKH: 1 Ogos 2012

Tuan Haji Sulaiman bin Haji Narawi dan Encik Mohamad Junaidi bin Mohidin dengan disaksikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, Y.Bhg. Datu Abdul Ghafur Shariff pada 1 Ogos 2012

Picture

Picture

Pada tanggal 31 Julai 2012, Tuan Haji Sulaiman bin Haji Narawi telah menyerahkan tugas beliau sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dengan rasminya kepada Encik Mohamad Junaidi bin Mohidin.

Mantan Setiausaha, Tuan Haji Sulaiman bin Haji Narawi mulai mengetuai urusetia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak sejak tahun 2002. Beliau bersara dari perkhidmatan awam pada 11 Julai 2011 dan disambung semula khidmatnya secara kontrak selama setahun mulai 1 Ogos 2011.


Setiausaha Suruhanjaya yang baru, Encik Mohamad Junaidi bin Mohidin sebelum ini merupakan Timbalan Residen Pembangunan di Pejabat Residen Mukah. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak merupakan stesen bertugas beliau yang ke 9.

Buat mantan Setiausaha, Tuan Haji Sulaiman bin Haji Narawi, selamat maju jaya kami ucapkan. Semoga terus sukses dalam apa jua bidang yang akan diceburi dan kami akhiri dengan 2 rangkap pantun:

Dari Spaoh bawa delima,
Masak sebiji di balik daun;
Jasamu tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

   Kain berlipat dalam istana,
   Pakaian puteri raja kayangan;
   Sepatah nasihat kami terima,
   Secubit budi jadi kenangan.

Buat Setiausaha yang baru, Encik Mohamad Junaidi bin Mohidin, kami mengalu-alukan kedatangan tuan ke Suruhanjaya. Semoga Suruhanjaya akan terus maju pada masa akan datang.