BM  | EN
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 27 Jun 2017
Versi 8.0.2
Perutusan PengerusiPerutusan Pengerusi


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana diberi peluang menyampaikan perutusan dalam portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS). Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Urusetia SPANS dan pihak-pihak lain yang terlibat kerana dapat merealisasikan laman web ini. Melalui laman web ini, pihak Suruhanjaya dapat menyampaikan maklumat yang berkaitan serta perkembangan terkini kepada semua para pengguna laman web.

 

Saya melihat beberapa perubahan positif di SPANS terutamanya yang berkaitan lansung dengan bidang tugas Suruhanjaya sebagaimana yang diperuntukkan di Artikel 35 (1) iaitu, pelantikan, pengesahan dalam jawatan, pemberian taraf tetap dan berpencen, kenaikan pangkat, perpindahan tempat bertugas dan mengawal disiplin kakitangan perkhidmatan awam negeri Sarawak. Dalam melaksanakan tugas secara berhema, bertanggungjawab dan akauntalit, Suruhanjaya secara keseluruhannya dipandu oleh Artikel 38, di mana elemen impartiality hendaklah sentiasa dijunjung oleh semua ahli Suruhanjaya termasuk pengurusan. Dalam pada itu, komposisi Suruhanjaya yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik dan latar belakang secara tidak lansung menggambarkan hasrat murni Kerajaan Negeri supaya jentera perkhidmatan Awam Negeri Sarawak benar mewakili keseluruhan etnik di SPANS.

 

Isu keseimbangan gender menjadi agenda di sesetengah organisasi. Mengikut data statistik oleh Unit Sumber Manusia Negeri, Jabatan Ketua Menteri menunjukkan bilangan penjawat awam lelaki menurun iaitu 10,409 orang pada tahun 2014, 10,0620 orang pada tahun 2015 dan 9,964 orang pada tahun 2016. Bilangan penjawat awam perempuan juga menunjukkan penurunan iaitu 4,342 orang pada tahun 2014, 4,332 orang pada tahun 2015 dan 4,329 orang pada tahun 2016.

 

Sebagai sebuah organisasi dalam satu sistem Perkhidmatan Awam Negeri, kita tidak terkecuali daripada agenda besar perkhidmatan awam negeri Sarawak atas nama SCS 10-20 yang secara umunya bermatlamatkan untuk membawa perubahan besar secara agresif terhadap kualiti perkhidmatan awam negeri Sarawak di negeri Sarawak atau penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Selain daripada itu, 6 teras SCS 10-20 iaitu……. Aspek merakyatkan perkhidmatan awam adalah aspek yang sangat kritikal dan mandatory dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Quote on humanizing civil service.

Dalam merakyatkan perkhidmatan awam, seluruh anggota perkhidmatan awam hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan 6 konsep asas iaitu openness (keterbukaan), field visit (kerja lapangan), engagement (penglibatan), soft skills (kemahiran), sense of ownership (rasa kepunyaan) dan strategic collaboration (kerjasama strategik)

Saya sangat optimis usaha dalam memartabatkan perkhidmatan awam negeri Sarawak berkelas dunia dapat dicapai dalam masa terdekat dengan sokongan padu setiap lapisan PANS berpandukan kerangka strategic SC 10-20.


DATU ABDUL GHAFUR SHARIFF
Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak