BM  | EN
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 23 Ogos 2017
Versi 8.0.2
FAQ eScholarshipFAQ eScholarship
  Sistem eScholarship
1. Apakah itu Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)?
J. BPKNS adalah satu bentuk insentif kewangan iaitu biasiswa pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak kepada penuntut Sarawak yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara.
 
2. Bagaimanakah memohon BPKNS?
J. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui laman web
http://escholarship.sarawak.gov.my
 
3. Siapakah yang layak memohon BPKNS?

a. Warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Sarawak;

b.Telah mendapat surat tawaran mengikuti pengajian diperingkat Diploma dan Ijazah Pertama secara Sepenuh Masa di IPTA;

c.Tidak mendapat sebarang penajaan atau pinjaman daripada mana - mana agensi lain.
 
4. Bilakah iklan BPKNS dikeluarkan setiap tahun?
J. Iklan bagi permohonan akan dikeluarkan selepas keputusan bagi tawaran kemasukan ke IPTA diterima. Sila rujuk iklan dalam akhbar-akhbar tempatan atau layari laman web dari semasa ke semasa.
 
5. Adakah para pemohon perlu membuat sebarang pembelian nombor pin untuk proses permohonan yang baru, sepertimana yang dipraktikkan oleh pihak PTPTN?
J. Tidak perlu pembelian sebarang nombor pin. Hanya perlu log in ke http://esholarship.sarawak.gov.my dan mengisi butiran yang diperlukan.
 
6. Kita sedia maklum bahawa nama bagi pinjaman pendidikan ini ialah “Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak”. Sekiranya seorang pelajar tersebut mencapai keputusan yang cemerlang sepanjang tempoh pengajian (sekiranya ada seperti yang telah ditetapkan oleh pihak SPA), adakah secara automatis pinjaman pendidikan ini akan menjadi tajaan biasiswa, atau pelajar tersebut masih perlu membayar sebarang amaun?
J. Untuk makluman BPKNS ini melibatkan gabungan dua komponen insentif utama iaitu biasiswa dan pinjaman, di mana ratio pemberian ialah 75% adalah biasiswa dan 25% merupakan pinjaman kepada pelajar. Pihak kami menetapkan sekiranya pelajar tersebut tamat pengajian dengan jayanya pelajar hanya perlu membayar balik 25% daripada keseluruhan peruntukan. Namun begitu, sekiranya pelajar tersebut gagal diberhentikan atau berhenti daripada pengajiannya maka pelajar tersebut hendaklah membayar 100% jumlah peruntukan yang telah diberikan.
 
7. Sekiranya pinjaman pendidikan ini ditukar kepada status biasiswa, adakah para pelajar yang ditaja akan terikat dengan sebarang kontrak pekerjaan/karier bersama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sepertimana yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia?
J. Pelajar tidak terikat dengan sebarang kontrak pekerjaan oleh Kerajaan Negeri.
 
8. Berapakah tempoh bayaran balik yang diperuntukkan oleh pihak BPKNS kepada peminjam setelah tamat pengajian?
  Tempoh pembayaran maksimun diberikan ialah 60 bulan atau 5 tahun.
 
9. Adakah terdapat sebarang perancangan daripada pihak BPKNS untuk menyediakan kemudahan pinjaman kepada pemohon yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam mod separuh masa/PJJ?
  Tiada perancangan daripada pihak kami dalam menyediakan pinjaman bagi pelajar yang melanjutnya pelajaran dalam mod separuh masa/PJJ.