BM  | EN
Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Last Update: 22 Jun 2018
Version 8.0.4b
Perutusan SetiausahaPerutusan Setiausaha

 

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua dapat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) menyediakan portal ini sebagai salah satu cabang perkhidmatan kami kepada pengguna.

SPANS berperanan melaksanakan tanggungjawab sebagaimana termaktub di bawah Artikel 36(1), Perlembagaan Negeri Sarawak iaitu melantik, mengesahkan dalam jawatan, memasukkan ke dalam perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar tempat bertugas dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota perkhidmatan awam negeri Sarawak. Di samping itu, SPANS turut dipertanggungjawabkan sebagaimana termaktub di bawah Artikel 39(3), Perlembagaan Negeri Sarawak bagi mengendalikan dan menganugerahkan biasiswa pinjaman kepada pelajar yang memohon untuk mengikuti berbagai kursus pengajian di peringkat sijil, diploma dan ijazah pertama secara sepenuh masa di institut pengajian tinggi awam tempatan. SPANS juga bertanggungjawab dalam melantik, mengesahkan dalam jawatan, menaikkan pangkat, menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota pihak berkuasa tempatan di Sarawak di bawah Public Service (Additional Functions) Ordinance, 2001 berkuatkuasa mulai 1 Julai 2001.

Sesungguhnya, dengan terbinanya portal ini, para pengguna akan mendapat faedah mengenaii maklumat-maklumat terkini, iklan-iklan jawatan kosong serta aktiviti-aktiviti yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya dalam usaha SPANS mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada para pelanggan.

Suruhanjaya akan sentiasa mengemaskinikan maklumat-maklumat yang terdapat dalam portal ini dari semasa ke semasa. Terdapat juga aplikasi-aplikasi talian terus lain yang disediakan kepada para pengguna bagi kemudahan mereka seperti memohon pekerjaan secara talian terus, membuat carian dan rujukan seperti panduan iklan, statistik, berita terkini dan sebagainya.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak kerana menyediakan khidmat pelayan perumah (server hosting) kepada kami serta lain-lain pihak yang turut terlibat dalam membangunkan portal ini. Diharapkan kerjasama sebegini dapat diteruskan di masa-masa yang akan datang.

Sekian dan Selamat Melayari Portal SPANS!


FATHI BIN HAJI HAMBALI
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak