Permohonan Jawatan Sepanjang Masa Sistem e-Recruitment Kini Dibuka http://erecruitment.sarawak.gov.my
 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin tetap di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh memohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi memohon jawatan-jawatan yang terdapat di Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan.


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan pihak kuasa melantik yang lain akan mengiklankan jawatan kosong dari masa ke semasa. Pemohon yang telah berdaftar boleh mengemaskini permohonan jawatan masing-masing berdasarkan jawatan kosong yang diiklankan. Bagi mereka yang belum berdaftar dan berminat untuk memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman sesawang http://erecruitment.sarawak.gov.my.