Top Menu
Language Select
W3C Color Changer
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Sizer
Background Changer
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Banner
Footer Menu
Best Viewed
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 23 Okt 2014
Versi 6.0.6
Perutusan Setiausaha Cetak Perutusan Setiausaha


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua dapat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) menyediakan portal ini sebagai salah satu cabang perkhidmatan kami kepada pengguna.

SPANS berperanan melaksanakan tanggungjawab sebagaimana termaktub di bawah Artikel 36(1), Perlembagaan Negeri Sarawak iaitu melantik, mengesahkan dalam jawatan, memasukkan ke dalam perjawatan berpencen, menaikkan pangkat dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota perkhidmatan awam negeri Sarawak. Di samping itu, SPANS turut dipertanggungjawabkan sebagaimana termaktub di bawah Artikel 39(3), Perlembagaan Negeri Sarawak bagi mengendalikan dan menganugerahkan biasiswa pinjaman kepada pelajar yang memohon untuk mengikuti berbagai kursus pengajian di peringkat sijil, diploma dan ijazah pertama secara sepenuh masa di institut pengajian tinggi awam tempatan. SPANS juga bertanggungjawab dalam melantik, mengesahkan dalam jawatan, menaikkan pangkat, menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota pihak berkuasa tempatan di Sarawak di bawah Public Service (Additional Functions) Ordinance, 2001 berkuatkuasa mulai 1 Julai 2001.

Sesungguhnya, dengan terbinanya portal ini, para pengguna akan mendapat faedah mengenai maklumat-maklumat terkini, iklan-iklan jawatan kosong serta aktiviti-aktiviti yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya dalam usaha SPANS mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada para pelanggan.

Suruhanjaya akan sentiasa mengemaskinikan maklumat-maklumat yang terdapat dalam portal ini dari semasa ke semasa. Terdapat juga aplikasi-aplikasi talian terus lain yang disediakan kepada para pengguna bagi kemudahan mereka seperti memohon pekerjaan dan biasiswa pinjaman secara atas talian, membuat carian dan rujukan seperti maklumat, panduan, statistik, berita dan pengumuman terkini dan sebagainya.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak kerana menyediakan khidmat pelayan perumah (server hosting) kepada kami serta lain-lain pihak yang turut terlibat dalam membangunkan laman web ini. Diharapkan kerjasama sebegini dapat diteruskan di masa-masa yang akan datang.

Sekian dan Selamat Melayari Laman Web SPANS!


MOHAMAD JUNAIDI BIN MOHIDIN
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak

 
|