Top Menu
Language Select
W3C Color Changer
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Sizer
Background Changer
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Banner
Footer Menu
Best Viewed
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 31 Jul 2014
Versi 6.0.3
Perutusan Pengerusi Cetak Perutusan Pengerusi


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana diberi peluang menyampaikan perutusan dalam portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS). Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Urusetia SPANS dan pihak-pihak lain yang terlibat kerana dapat merealisasikan laman web ini. Sesungguhnya, dengan terbinanya laman web ini, para pengguna akan mendapat faedah melalui maklumat-maklumat terkini dan aktiviti-aktiviti yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya. Aplikasi-aplikasi talian terus lain yang boleh dicapai melalui portal ini ialah seperti memohon pekerjaan dengan kerajaan dan biasiswa pinjaman secara atas talian (on-line).

Semenjak penubuhannya, Suruhanjaya sentiasa bergerak dinamis mengiringi perubahan bagi menghasilkan kerja yang berkualiti demi memuaskan kehendak pelanggan. Sistem e-Recruitment yang diperkenalkan sejak Jun 2004
telah ditambahbaik dari masa ke semasa untuk membolehkan para pemohon untuk memohon jawatan di perkhidmatan awam negeri dan pihak berkuasa tempatan secara atas talian (on-line).

SPANS sentiasa memanfaatkan segala sumber yang ada, sama ada dari segi tenaga manusia, kewangan, peralatan dan kaedah atau pendekatan terkini bagi mencapai objektifnya. Perkhidmatan lain akan terus diperkemaskan dengan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi maklumat. Satu lagi sistem yang sudah dibangunkan ialah e-Scholarship untuk memudahkan permohonan biasiswa/pinjaman dibuat secara dalam talian (on-line). Satu sistem untuk menyimpan maklumat kes-kes tatatertib sedang dikemaskinikan dan ditambahbaik.

Saya percaya semangat ingin terus maju diikuti dengan usaha penambahbaikan yang berterusan oleh semua pihak sama ada Urusetia mahupun Ahli-Ahli Suruhanjaya akan terus membuahkan kejayaan bagi Suruhanjaya.

 

Selamat Melayari Laman Web SPANS!


DATU ABDUL GHAFUR SHARIFF
Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak

 

 
|